Usual Topic



ASSALAMUALAIKUM



Masih di bumi yang nyata walaupun angka jam dekat laptop, handphone, jam dinding, jam tangan, jam dinding dekat dapur dan semua jam menunjukkan dah pukul 3:15 pagi. Biaqq betul?!! Ah betul, ini bukan mimpi, ini kenyataan. Ekeke ala ala hos yang mengacara rancangan hantu pulak. Tapi, malam ni malam jumaat *seram sejuk tiba* Tak jadilah nak sambung ayat. Pukul 3 pagi tau, gila ke apa nak tulis pasal ha alif nun ta wau? (Han...) Taknak sambung.


Usual Topic. Ye. Untuk apa? Untuk cerita apa? Apa lagi cerita aku nak kongsi hari ni? Apa apa apa apa apa?! Oh ye. Topic nya adalah...... cinta monyet.  Pada aku lah, cinta monyet ni ditakrifkan sebagai cinta yang tak kekal lama. Well you know me. Mungkin sekarang aku dah berani untuk menyatakan hujah hujah tersebut. Saya free. Saya merdeka dari segala messages, call setiap malam, gaduh gaduh. Poyo tu semua...... Saya sudah bebas.

Zaman sekarang ni, kalau aku perati lah eh adik adik kite ni, mak datuk lagi dasyat dari zaman aku ek. Ayat cinta dia bunga bunga abis. Contoh ayat ayat tersebut....

"I tak boleh hidup tanpa you (nama si polan bin/binti  polan)"

"You sempurnakan hidup I sayang...."

"You lah segala-galanya bagi I sayang, I love you so much"

"I tak kuat kalau you tak ada...... I sayang you sorang jek baby, mmuah"

Okay cukup untuk menyatakan 4 potong ayat tersebut. Mari saya hujah satu persatu ayat yang saya ambil dari laman web social Twitter dan juga Facebook. Kuang kuang amik kau, meh sini gua troll orang. Namun nama polan tidak diketahui.

"I tak boleh hidup tanpa you" - Tahukah anda, siapa yang menciptakan manusia? Angkat ketiak jawab meh pat ah. Ye kawan kawan, Allah SWT. Apa kata yang dok sibuk cakap gini lah kan, cuba cakap "I tak boleh hidup tanpa Allah SWT. Tanpa dia, I tak lahir dekat muka bumi ni" Hah apa kata gitu haa dekat girlfriend ke boyfriend ke. Mesti dia insaf dan dalam masa yang sama mesti dia sedar bahawa Allah tu pencipta sebenar. Tapi, Allah hantar kita melalui siapa? Ibu. Baik cakap gitulah kat ibu hang. Sejuk hati dia ngandung sembilan bulan.

"You sempurnakan hidup I sayang" - Apa?! Sempurna?! Gila ke macam mana ni? Apakah kau cacat sebelum dia hadir dalam hidup kau wahai polan bin polan?! Tidak. Sempurnakan dari segi apa? Cinta? Tak ada istilah cinta pun. Cinta tu mungkin lepas kita bernikah tapi alah buat masa sekarang, sayang je tinggi gunung last last kena tinggal jugak. Percayalah.... (Gua pernah rasa) Kah kah kah. Tapi, yang sempurnakan hidup kita hanya Allah SWT. Tengok, kita kalah dah 2-0 dengan Allah kali ni. Ingat eh, fight fight 4 sama. Sekarang 2-0 apa dah jadi ni weyyyy.

"You lah segala-galanya bagi I sayang, I love you so much" - PENIPU!!!! DASAR PENIPU!!! Segala-galanya wak lu. Segala galanya tu untuk ibu ayah kita yang dari kecik sampai sekarang yang besarkan kita. Dia bagi makan, minum, tempat tinggal, katil, jamban, apa lagi? Cakap cakap cakap. Banyak kan. Entah beratus ribu yang diorang habiskan tu.... Tapi, yang segalanya juga datang dari Allah SWT. Maaf, sekali lagi, tewas dalam pertempuran cinta monyet ni.


"I tak kuat kalau you tak ada...... I sayang you sorang jek baby, mmuah" - Kah kah kah kah. I tak kuat kalau you tak ada konon. Deyy takyah nipu lah. Kalau tak kuat, boleh je jalan. Lain lah kalau hang dok terbaring tak boleh cakap gerak ke apa, tu baru tak kuat. Nampak benar kan penipunya? Life and liar. Itulah hakikatnya. Tapi, mungkin kita akan sedar bila satu masa nanti kita hilang keluarga, baru kita sedar dimana kekuatan kita selama ni. Kita taktahu tapi tulah hakikatnya.....


Tamatlah 4 potong ayat yang dipetik mengikut sumber Twitter yang saya peroleh kali ini. Tapi jujur, aku mengaku aku pernah libatkan diri dalam cinta monyet ni. So far, tak pernah lagi cakap lah macam ni. Sebab aku tak tahu aku tak boleh hidup tanpa Allah, Ibu, Ayah and keluarga aku. Aku terlampau sayangkan diorang sampai aku tak sanggup nak cakap mcm tu untuk orang yang bukan jaga aku dari kecik hingga besar.

Cuma satu je pesan, jangan lah kau utamakan orang yang belum tentu jodoh kau lebih daripada ibu ayah sendiri. Ingatlah, apa pun yang jadi ibu ayah sentiasa ada dengan kita. Kita taktahu tapi kita akan nampak satu hari nanti. Sebenarnya, bila kau single, barulah kau dapat sedar semua ni.




Dan aku disini, bebas. I have nobody (love). Dah lama rasanya dan berharap benda tu semua akan datang bila aku dah ada rumah,kereta and duit yang banyak. Semoga Allah perkenankan isi hati aku ni. Amin.

bye,