ASSALAMUALAIKUM
Hi? Saya di Selangor. Bercuti kejap. Kejap lah 5 hari. Esok nak ke Cameron. Lepastu ke Tambun pulak. Wahhh penat betul. Balik Jb nanti nak ke Pejabat Menteri Besar dekat Iskandar. Jumaat malam pulak ada barbecue dengan Syuha, Anne, Aidil, Kiyka and Affan. Lepastu apa lagi? Oh sabtu ni ada QTI. Ahad? Tidur lah. Tapi kan tapi kan, takda pun perkataan homework? Ngeh ngeh ngeh. Ahad lah buat. Last minute kot? Huhuhu. Sebenarnya ada homework ke? Macam takde je..........Lupakan.
Sebenarnya ini bukan main point untuk post ni okay? Main point nya adalah.........TENGOK TAJUK! Hihihi after long time no made cake batik, finally.... We did it (Me,Mom,Cousin,Didit) Dan saya disini persembahkan gambar gambar yang ada kih kih kih ^_^
Mula mula kita perlukan bahan bahan dibawah ye:
Milo
Sebenarnya ni tak ikut sukatan. Main hembus je tapi kalau nak sedap ikut lah sukatan. Beli 1 packet kecil. Tapi rasa rasa mesti sedap kot. Sebab ada lagi bahan lain yg aku guna untuk buat cake ni selain Milo ni.
Dark Chocolate (Cadburry)
Yang ni mungkin tak pernah orang buat kot tapi atas nasihat cousin, kita guna je chocolate ni memandangkan takut tak dimakan, baik gunakan benefit chocolate ni for my cake hihi.
Susu Pekat (Marigold)
Kalau nak guna susu pekat lain pun boleh. Adik kata, ada satu susu yg sedap ni tp lupalah nama dia. Takpe takpe, biarkan. Yang penting ada benda ni. Kalau tak, tak menjadi lah pulak....
Marie's Cookies
Yang ni bahan yang mesti digunakan ye wahai pembaca sekalian. Memang nak buat cake batik guna biskut ni. Beside rasa dia mmg umphhhhhh! Hiraukan. Tapi biskut ni mesti dipatah patahkan ye. Wachhha!
Buttercup
Last sekali, we need this thing okay. Kalau ada yang kecik, beli lah yang kecik. Lagi sedap sikit and tak terlalu oily. Before nak buat, kita masukkan dulu buttercup ni. Panaskan dia ^_^
Proses proses nya :
1) Masukkan buttercup tu dalam periuk (Tengok gambar atas)
2) Lepas butter cair, masukkan chocolate cadburry tu pulak.
3) Masukkan Milo
Note: Make sure before milo dimasukkan dalam periuk, gaul dulu dengan air sikit. Sebenarnya buat
macam tu sebab takut nanti dia berketul ketul. Susah nak hancur nanti.
4) Kalau rasa mcm terlalu keras sangat, masukkan butter lagi sikit.
5) Lepastu, gaul sampai rata. Jangan bagi dia berketul tau. Ingat.....
6) Gaul dengan penuh kasih sayang (Hahaahahahhahhahahahhahahaa)
Macam puting beliung
7) Masukkan biskut Marrie tadi yg dah di-wacha-kan tu kat dalam periuk.
8) Gaul sampai rata ye rakan rakan
9) Okay lepastu tuang benda ni and masukkan dalam loyang
10) Lenyekkan dia sikit eh. I mean macam sekata kan dia. Lebih afdal, mampat kan dia.....
11) Bila dah sekata, mampat and rasa puas hati, masukkan dalam peti ais. Makan masa sejuk lagi sodap....
Dan berakhir lah proses membuat Cake Batik, kalau nak tengok resultnya, tengok Twitter aku tau ^_^ Dalam pukul 8pm aku post eheheheeh. Thank You!